Welcome to my blog. spread loves no hate muah cikit

Monday 30 April 2018

RANDOM THOUGHT



Assalamualaikum hye J I get bored to continue my assignment act. So, I think I want to share to you guys about what I had done before who I am today. I think I wanna share to you guys about my random thought everyday.  Im so sorry if you triggerd or whatever with my sentence. This is just what I thought. I dont know where I can exactly type one-by-one what I feel, what I have through.
Semua orang akan pelik kenapa upsi adalah pilihan pertama aku. Masuk sini pun semua tanya

“apa pilihan pertama kau masa mohon upu tu?”
“ empat pertama tu aku pilih upsi. And Alhamdulillah Allah makbulkan. Tapi tu lah, course yang aku dapat ni, aku tak ingat pilihan ke berapa”
“Kenapa upsi?”

Okay lah aku mengaku aku sebenarnya sedikit noob untuk memilih uni yang mana patut aku pilih dan bersesuaian dengan course aku ni. TAPI aku teringin sangat nak menjejakkan kaki kat upsi ni I dont know why. Semua orang bercita cita nak masuk UM, UKM, UUM and whatever tapi aku nak upsi. Dulu cita cita aku nak jadi cikgu sekolah and sampai sekarang cita cita tu tak pernah terpadam. So thats why aku mohon upsi dengan harapan nak jadi cikgu. TAPI aku tak mohon satu pun course yang ADA PENDIDIKAN. Ya aku tau time tu aku bangang sangat. Alasan aku taknak mohon yang ada pendidikan adalah sebab AKU TAKUT INTERVIEW. Sampai sekarang takut tu tak pernah hilang. Segala jawatan yang kena interview, aku tak pernah pergi. Sebab apa? SEBAB AKU TAKUT.

Lepas aku dapat tahu aku dapat tawaran upsi, bila orang tanya MAK aku, aku dapat mana mesti diorang akan tanya “ haaa upsi? “ aku tak tahu lah kalau semua orang dalam Malaysia ni tak kenal upsi tu apa? Tapi aku rasa upsi adalah salah satu di antara uni yang dah lama wujud dekat Malaysia ni. Aku selalu fikir negatif dengan berdialog dalam hati “ upsi ni tak setaraf uni lain ke sampai semua orang buat muka terkejut macam aku ni bodoh sangat sebab hanya dapat upsi je?” ayah aku pernah respon dengan jawapan macamtu dengan jawapan “ oh diorang tak tahu kot upsi tu dekat mana. Diorang tak pernah dengar kot upsi tu” dan aku membidas “ takdanya. Diorang semua ingat kalau masuk matriks je mesti pandai-pandai masuk UM ke, UKM ke, UUM ke. Upsi ni diorang pandang sebelah mata je. Tak setanding dengan uni yang pandai-pandai tu.”

Serious time tu aku sangat geram + kecewa. Geram dengan orang yang buat reaksi macam tu. kecewa sebab MAK aku yang menghadapi situasi tu dan aku rasa aku anak yang tak guna sebab tak dapat banggakan mak ayah aku. Aku membuatkan orang lain pandang rendah dengan mak ayah aku sebab aku bodoh hanya masuk upsi sahaja. Tapi Alhamdulillah segala-galanya Allah permudahkan urusan aku untuk belajar dekat upsi walaupun baru je sem 2. J aku mengaku aku tak setanding mereka yang mampu masuk uni yang hebat-hebat. Aku mengaku aku tak sepandai mereka. Aku mengaku aku bukanlah anak yang berguna. Aku tak mampu nak bagi hadia kejayaan yang besar-besar buat mak ayah aku. Ini je yang aku mampu. Masuk upsi.

Dulu aku ada dua sekolah which is SMK Senggarang & SMK Simpang Renggam. Okay dulu, time dekat Senggarang, aku tersangat nakal which means selalu balik sekolah lambat sebab lepak dengan member dekat sekolah kadang sampai pukul 6.30 petang baru aku balik. TERsangat degil. Aku balik lambat bukan sebab lepak berilmiah tapi lepak untuk gosip, makan makan makan dan makan, dan buat benda yang tak berfaedah (bukan dating okay) even kitaorang jahat nak mampus, tapi tak pernah lagi buat kerja sejahat tu. Degilnya aku time tu sampai mak aku marah aku, dia cakap anak kawan dia yang sebaya aku tu selalu je balik cepat kenapa aku selalu balik lambat. Haaaa kau nampak tak kat situ dah kantoi hahahaha.

Dulu aku hargai sangat apa makna kawan tu. Pergi mana mana je kitaorang selalu bersama. Rehat, lepak lepas waktu sekolah, pergi pasar lepas kelas tambahan, gaduh dengan budak kelas, kutuk akak senior, sound akak senior, segala galanya bersama. Masuk sekolah baru, aku still menghargai apa itu sahabat. Tapi, since form 5, aku tak tau lagi apa itu kawan sebenarnya. Adakah kawan tu yang selalu ada masa kita senang sahaja? Adakah kawan tu yang selalu pertikai semua yang kita buat termasuk hal study? Adakah kawan tu yang selalu merendah rendahkan kita depan orang lain especially hal study? Adakah kawan tu yang ada di atas? Sejak dari tu, aku sangat susah nak percaya apa itu kawan. Aku susah nak percaya bila orang rapat dengan aku adalah ikhlas. Aku tak tau kenapa. Aku minta maaf. Sebab tu orang cakap kita bertindak berdasarkan pengalaman. Ya, dan itulah aku sekarang. Aku sangat berhati-hati untuk percayakan orang. Boleh dikatakan hanya 10% sahaja aku percaya orang yang rapat dengan aku for not granted. Aku minta maaf. Pengalaman menjadikan aku yang sekarang. Aku berkawan dengan semua tapi aku percaya bukan dengan semua. Mungkin seorang dalam seribu yang aku percaya. Aku rasa aku macam tak ada kawan yang boleh aku mengadu, yang boleh aku nangis, yang boleh aku ketawa. Rasanya tak ada. Mereka ada bila mereka bersama kau sahaja. Bila tak ada, maka, semua tu pun hilang. Ya, aku mengaku aku seorang yang sangat annoying kalau bab kawan. Tapi aku tak tau kenapa, itu apa yang aku rasa sekarang. Kawan tikam, kawan cakap belakang, kawan yang pergi time aku perlu tu semua adalah perkara biasa bukan saja bagi aku tapi bagi semua orang. Aku bukan cakap kosong, aku bukan cakap untuk perhatian, untuk menagih simpati. I talk what I feel everyday, every night. Satu hari, aku pernah terfikir, bila one day aku dah tak ada dekat dunia ni, ada ke yang akan ingat aku? Ada ke yang akan ingat kebaikan aku yang sekecil-kecil zarah tu? Ya aku mengaku aku sangat jahat. Mungkin ini adalah salah satu sebab aku rasa aku tak ada kawan? Aku minta maaf. Aku minta maaf. Aku minta maaf. Aku terasa kosong sangat bila aku rasa aku nak seseorang sebelah aku, pujuk aku, tenangkan aku, advice aku, tarik tangan aku untuk terus bangun. Sampai satu tahap aku selalu fikir “ kawan. Apa itu kawan? Ada lagi ke wujudnya kawan zaman sekarang? Ke aku je yang tak ada ‘nasib’ indahnya berkawan itu? “ aku minta maaf. Aku minta maaf. Aku minta maaf. Semua orang cakap, “ ngadu dekat Allah, bentang sejadah sujud dan nangislah kepada Allah “ ya aku tahu semua tu. Aku perlukan seorang manusia juga untuk luah apa yang aku kecewa, apa yang aku sedih, apa yang aku gembira.

Lelaki? Orang yang paling aku takut nak berkomunikasi sekarang. Banyak kejadian yang membuatkan aku trauma untuk berkomunikasi dengan lainan jantina ni. Ya dulu time matriks aku dah berani sikit sebab aku mampu untuk berkomunikasi dengan budak lelaki kelas aku. Budak lelaki lain dekat matriks memang aku tak berani lah. Budak kelas tu pun aku rasa aku dah capai achievement aku since aku masuk simpang renggam. Dulu, disebabkan kawan lah aku terasa maruah aku ditonyoh tonyoh. Aku malu. Sumpah malu. Mereka menganggap ini semua jenaka tapi bagi aku ini semua satu penghinaan. Aku selalu berfikir, “ adakah disebabkan size badan aku, muka hodoh aku, mereka semua jadikan bahan jenaka? Mana perasaan perikemanusiaan mereka? Mereka tak tahu ke pemikiran lelaki dengan perempuan ni berlainan? Bukan sekali, tapi berkali kali. “ disebabkan kejadian-kejadian ni, aku sangat trauma untuk bercakap dengan lelaki. Sebab apa? Entah.

Aku pun selalu terfikir pasal jodoh. Ingat orang yang cantik je ke ada perasaan nak kahwin ni? Hahaha. Aku selalu fikir, sempat ke aku kahwin? Kalau sempat, aku akan kahwin ke? Aku kahwin dengan siapa? Hahahaha budak-budak sangat pemikiran. Aku pun selalu fikir, kalau aku kahwin, aku akan rasa bahagia ke? Aku akan dapat bahagia yang aku cari selama ni ke? Suami aku akan sayang aku ke? Dia ikhlas ke sayang aku? Dia ikhlas ke terima baiknya yang hanya sebesar zarah dan buruknya sebesar bumi malah lagi besar ni? Dia boleh ke terima aku dengan muka aku yang hodoh ni? Dia boleh ke terima aku dengan size badan aku yang macam gajah ni? Dia boleh ke terima aku yang banyak sangat kekurangan ni? AHHH BUDAK BUDAK SANGAT FIKIRAN YA ALLAH!

Aku nak cerita macam mana koyaknya aku dengan manusia sekeliling yang cuba jatuhkan aku tanpa sedar. Ya, maybe dia tak sedar. Tapi apa yang dia buat 100% buat aku rasa aku sangat hina, aku sangat bodoh, aku sangat tak guna hidup dekat dunia ni. Sorry again kalau kau terasa apa yang aku bakal cerita ni. Ni hanya untuk pengajaran aku untuk aku lebih berhati-hati dan aku sangat bersyukur benda ni terjadi sebab aku dah jadi aku yang sekarang.

Kalau ada orang cakap dia lagi pandai dari engkau, kau diam saja. Dendam itu boleh tapi dendam yang berilmiah lah. Jangan kau pergi jumpa bomoh, kau jampi dia sebab kau dendam dengan dia. Kalau jampi crush kau supaya suka kau balik okay lah. Dendamlah dengan balas balik kata kata dia dengan buktikan kau juga mampu berjaya. Bukan dia sorang. Biar dia tak tahu kau belajar, tapi dia tahu kau pun pandai juga. Sebab ini lah apa yang aku lalui time di sekolah. Ya, time tu aku sangat sakit. Bukan sakit kencing manis, sakit buah pinggang tapi sakit hati. Dekat klinik tak ada kan ubat untuk penyakit ni? Haa okay aku hambar je. Taknak cerita lebih nanti terbuka aib. Cerita sikit je. Dia mengaku diri dia sangat pandai dari aku dalam diam which means ayat dia tu tapis tapi maksud dia haa tu lah.

Kalau after dapat result spm, ramai makcik bawang memperlekehkan kau dengan results kau, kau diam dan senyum je dekat makcik tu. Biar dia menang. Biar dia rasa diri dia hebat masatu. Kau tak perlu balas apa yang diaorang kata dekat kau. Sesungguhnya lidah tu lebih tajam dari pisau lebih lebih lagi apabila kau sedang marah. Kalau dah teruk sangat, tak tahan dah dengan makcik tu, baik kau pergi dari situ. Tapi dengan beradablah. Jangan lupa adab kita walaupun kita dihina. Islam tak ajar jahat dibalas jahat kan? So, adab okay adab J.  Of course semua orang pernah/akan kena kan? Aku punya kes agak dasyat lah aku rasa. Makcik tu bandingkan result anak dia dengan aku melalui mak aku. MAK aku okay bukan aku. Seriously time tu aku rasa aku anak yang sangat tak guna sebab tak mampu nak banggakan mak ayah aku sampai orang sanggup bandingkan aku depan mak aku. Aku tak tau lah apa yang mak aku rasa time tu. Mesti dia malu gila dapat anak macam aku. Ya, lepas je aku tahu cerita tu, aku terus nangis. Aku ni tak mampu ke nak banggakan mak ayah aku? Aku ni anak tak guna. Aku ni tak pernah buat mak ayah aku gembira. Aku nangis sepuas-puasnya. Siapa tak malu weh kalau kena macam tu? Dia bukan je bandingkan result dia bandingkan sekolah lagi. Haih sumpah time tu kecewa sangat. Kecewa dengan makcik tu, kecewa dengan diri sendiri sebab tak mampu nak buat mak ayah aku cerita tentang aku. Tak tahu apa nak diceritakan dengan orang tentang aku sebab aku tersangat bodoh. Ya ini yang aku rasa time tu.

Aku tak suka masuk hal sensitif act tapi dah termasuk pula. Seriously aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki bagi sesiapa yang terasa dengan apa yang aku kata dekat atas tu. Aku teringin nak luah tapi tak tahu dekat siapa. So, here I go. Sorry again for those yang terasa okay. Aku tak akan masukkan link ni dekat mana-mana soc media aku. So, aku akan jangka tak ada siapa yang akan tengok blog aku. So, sesiapa yang tertengok tu, lepastu terasa dengan semua kata kata aku ni, aku minta maaf. Aku minta maaf. Aku minta maaf. Aku minta maaf. Andai aku yang bersalah, tegurlah aku. Ya aku ego. Aku selalu menangkan ego aku. Tapi In Shaa Allah lama lama ayat kau, akan masuk jugak dalam kepala aku. Dan aku terima even lambat. Tegur aku okay?

I think I cant type anymore because dah cukup banyak aku rasa aku membebel ni. Sangat membosankan. Sangat menjengkelkan. I have to go now. Before that, yesterday (28/4/2018) I’ve met people who always spread positive vibes to all people. Even aku tak follow dia dari dulu, tapi aku tetap kagum dengan segala yang dia lakukan untuk buatkan orang sekeliling dia happy, tak mudah give up. Dia sangat humble. TERSANGAT humble. Here he is, Teme Abdullah.


hi teme :) nice to meet you :)